Wednesday, May 13, 2009

ErTi CiNTa

HANYA mereka yang pernah melaluinya pasti menyatakan betapa indahnya meneroka dunia cinta.

Yang gagal pula barangkali serik untuk meneruskannya buat kali kedua. Namun kepada mereka yang suka memburu cinta, istilah tewas, kecewa, pedih atau terluka tiada dalam kamus hidup mereka.

Sayang, cinta, kasih, suka atau obses kepada seseorang adalah elemen yang tertera dalam dunia perkasihan. Anugerah cinta adalah nilai yang tidak terhitung kerana di dalamnya terkandung pelbagai perkara yang memungkinkan anda bertemu dengan pelbagai rencah dan ranjau berbisa sebelum akhirnya menemukan cinta sejati.

Mungkin perasaan sedemikian pernah atau sudah anda lalui tetapi bagi yang baru pertama kali berdepan dengan perasaan dianggap aneh itu, ia mungkin satu pengalaman sukar ditafsirkan.


CiNTa bermaksud perasaan atau berperasaan sangat sayang..............

Monyet adalah sejenis haiwan mamalia yang hidup di hutan dan menyerupai kera.

CiNTa Monyet bermaksud
cinta yg hanya sementara dan tidak serius, terutamanya di kalangan remaja

Karangan Darjah 5

Tema : CINTA MONYET

Tajuk : Cinta Monyet, Cinta Persekolahan.

Objektif :
8.4 Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara.

i) Menulis karangan dengan menggunakan ayat topik dan ayat huraian dengan lengkap.

Kosa kata : kasih,sayang,cinta,persahabatan

Ilmu : Kehidupan

Nilai : Kasih sayang


Bina karangan bagi menjawab persoalan dibawah. Karangan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.

Bagaimanakah mengaplikasikan cinta dalam kehidupan seharian?
Sejauhmanakah perasaan cinta mampu menjejaskan pembelajaran pelajar?
Apakah punca wujudnya perasaan cinta?
Bagaimana untuk mengatasi masalah cinta di kalangan pelajar?


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and 2009 Bridal Dresses.